Saturday 5 September 2020

PERODUA ARUZ BULLBAR/KANGAROOBAR

aku pasang kat SACA Shah Alam natang nih.
Bar depan & belakang siap pasang 1k lebih.

Ini yg indonesia punya (RUSH)👇
Ada banyak lagi jenis² bullbar nih.
Pelan² masuk dalam pasaran malaysia.

Sebab apa aku pasang besi ini?

Sebab pengalaman aku pakai keta sblm nie,terlanggar benda.kopak pecah calar bumper depan belakang.
Pastu terhegeh² beli bumper baru satu hal,kemudian bila dah beli mesti kena hantar cat pulak.dah 2 kali keja.
Baik pakai besi nih.nak calaq ka apa ka besi tue ja.

Semoga bermanfaat 🤘

PAGAR KANAK² DIY PAIP/PVC

Beli paip 3 batang (1 batang rasanya 19f)
Beli L
Beli T
Beli U (untuk ikat pada dinding)
Pastu antara T dengan T tuh potong 3inc (utk penyambungan)

Tinggi & rendah tue ikut korang punya rumahlah.nie aku buat utk dapur/ruangtamu.

Aku buat nie bukan jenis buka.tapi jenis slide.
Kira slide jugak lah tp manual.hihihi

Buat siap² mcm nie.
Mudah ja.
Modai xsampai RM50.
Asalkan matlamat tercapai.xnk kasi anak kecik punggah dapur.

Nie yg sblom pasang 👇
Nie yg dah pasang 👇
Semoga bermanfaat ðŸ¤˜

Tuesday 2 April 2013

nusantara mistika -"PENGEMBARAAN BERMULA"

sebelum memulakan pembacaan,diminta anda
membaca sedikit prakata pengarang DISINI.

/bunyian kicauan alam hutan menusuk telinga/

"lama,lama,lama dahulu...ketika zaman kegemilangan emas raja-raja,
zaman manusia,bunian & hidupan liar saling hidup bersama..
kecuali ALAM HITAM yang terpisah dibelenggu oleh sumpah RAJA-RAJA"


prak!
bunyi ranting patah,kedengaran hutan diredah diselang-seli gelak tawa.
"cepat lari kasturi!jebat dibelakang dah tu!hahahaha"-tuah yg berada didepan bersama dua lagi sahabat kembar iaitu lekir & lekiu sedang meredah belantara melarikan diri jebat yg berada dibelakang sudah menghampiri kasturi yg agak lembap.
"hahahaha jaga2 kau kasturi,kau xboleh lari lagi!hahahah3-pekik jebat dari belakang.
kasturi yang basah kepeluhan sempat menjelirkan lidah sambil ketawa pada jebat yang sedah hampir menarik bajunya dari belakang.
Aduh!- jebat
Hahahahahahahah3 padan muka!-kasturi 
kasturi sengaja menghampiri dahan pokok yg terjuntai dah mengelak disaat akhir dengan menundukkan diri,tetapi jebat tidak sempat.
maka berguling2lah jebat disitu.
"hahahahahaha jangan marah  iyaaaa kekanda jebat!"- kasturi girang melihat jebat sedang membersihkan daun2 yg melekat dibajunya.
"celaka kau kasturi" bisik hati jebat geram dgn tipu helah sahabatnya yg paling muda diantara kelima-lima mereka iaitu kasturi.
"jaga2 kasturi!langit tak selalunya cerah!siap kau nanti aku dapat kau!hahahahaha
-jebat gelak dengan penuh kenakalan.
 jebat meluru pantas melompat2 didahan pokok serta batu2 hutan,lebih pantas dari tadi,rupanya semenjak dari awal dengan sengaja jebat membiarkan kasturi,tuah,lekir & lekiu.seronok,iyalah..apa guna bermain kejar2 didalam hutan jika tiada gelak tawa.
kasturi cemas karna jebat semakin menghampiri.
semakin dekat semakin kuat pulak gelak tawa jebat itu.
hahahahahahahh jaga-jaga kasturi,kini giliran kau jadi penjahat!
hahhahahahahah siap kau kasturi!
kau perangkap aku iyee tadi!
     belum sempat kasturi menoleh untuk melihat jarak jebat,rupa2nya jebat sudah berada disebelah kasturi dan menarik baju yg dipakai kasturi sehingga jatuh kasturi serta bergelimpangan buah2 htan yg memenuhi dalam baju kasturi.
hahahahah padan muka kau kasturi.
jebat kelihatan kepenatan,
"Kawan-kawan!,kasturi jadi penjahat pulak woi,aku dah pegang dia.
dia pulak kejar kita!"- jerit jebat pada rakan2 yang lain.
selang seketika waktu,muncul lah tuah,lekir & lekiu dari celah2 pokok hutan secara berasingan..juga sedikit kepenatan tetapi seronok melihat kasturi kelihatan sambil kesedihan mengutip buah-buahan hutan yg jatuh tadi.
"kau jangan buat muka sedih kasturi,sekarang giliran kau pulak jadi penjahat,kejar kami sampai subuh tau!
hehehhehehe"-usik lekir sambil disahut kembarnya lekiu "padan muka kau,tadi pandai tipu helah kenakan jebat iyee"
"kalau asyik nak makan sahaja,macam mana nak cergas lari laju dalam hutan macam kami kasturi?
tak berat ker buah2 itu?hahahahah"-gelak tuah

Sudah,sudah..cepat kira sampai sepuloh perlahan-lahan,kami nak lari nie.
jangan risau kami tak lari jauh2 dari kau kasturi..jebat berkata.
"rakan2ku tuah,jebat,lekir & lekiu...hari sudah beransur petang,apakata kita pulang?
lagipun kita sudah jauh kedalam hutan ini...bukankah kita dilarang oleh ibu-bapa kita agar tidak bermain2 dihutan ini?
esoklah kita sambung bermain & kita kira lain untuk esok iyee?"-kasturi mencari helah
"ahhhhh...kau jangan nak bermadah berhelah pulak kasturi,sekarang giliran kau jadi penjahat,cepat kira & kejar kami tau!"
kali ini kami berlari kearah keluar dari hutan ini,sekarang apa pula alasan kau?
hahahahah"-tuah berkata sambil disambut gelak tawa mereka semua & kasturi menggaru2 kepalanya yg tidak gatal itu.

tanpa mereka sedari gelak tawa mereka itu sebenarnya menarik perhatian SANG BELANG yg mengintai2 mereka dicelah2 semak itu dengan penuh bengis & lapar.....

"satu...dua...tiga...empat...."
kasturi mula mengira,maka serentak bertempiaranlah sahabat2nya
melompat melarikan diri dengan gelak tawa.

"tujuh...lapan...sembilan...sepuloh!"
kasturi selesai mengira dan menoleh ke arah sahabat2nya yg kini sudah berada dihujung pandangan dicelah2 pokok besar.
sambil memakan buah jambu batu hutan yang dipetiknya tadi,kasturi menyeusuri hutan itu sambil bersiul.
"ahhh..buang tenaga aku sahaja nak kejar abang2ku itu,bukan boleh dapat pun,lari laju tangkas..baik aku perlahan2 pulang ke kampung,jumpa mereka disanalah nanti..heheheheheh"-bisik kasturi keseorangan.
Tanpa disedari olehnya,gerak-geri kasturi diperhatikan dari celah2 pohon oleh seekor harimau dewasa yang besar.
semakin lama,semakin hampir dengan kasturi yang masih leka memakan buah jambu itu sambil bersiul-siul.
sedangkan sahabat2nya sudah jauh meninggalkanya dibelakang keseorangan.
"busuk pulak buah ini!
hmmmmmmm..."-kasturi membaling buah jambu yang busuk itu ke tepi sambil menyepak buah itu tepat ke kaki harimau yang sedang bersembunyi & bersedia untuk menerkamnya.
ketika itulah kasturi baru sedar,dia tidak berseorangan!

"ABANG!!!!!!
ADA HARIMAU!!!!!
Aaaaaaaaaaaa!!!! "

Auuuuummmmmm!!!!
Ngauman kuat harimau itu,memecah kesunyian hutan,lebih kuat daripada jerita pertolongan kasturi tadi,
"Tuah!,kasturi tuah!
dengar kah kau tadi ngauman harimau dibelakang?
cepat tuah!
kasturi dalam bahaya !!!"- jebat menjerit pada tuah,lekir & lekiu,serentak mereka berlari menuju kearah suara kasturi.

terkaman pertama berjaya dielak oleh kasturi,dan sepantas kilat kasturi berlari dicelah2 pohon pokok yang tumbang,habis berterabur buah jambu didalam bajunya.
sambil menangis kasturi menjerit meminta pertolongan..
JEBAT!!!!
TUAH!!!!
KASTURI,LEKIR!!!!
sambil menjerit kasturi sempat menoleh kearah belakang,sang harimau masih mengejarnya dengan wajah yang bengis!
MALANG tidak berbau,kasturi terjatuh kerana tersepak akar kayu yang menjalar sehingga bergolek tersandar di busut batu.tiada tempat lagu untuknya melarikan diri.
sambil menangis,kasturi menjerit2 nama sahabat2nya...
Sang Harimau sudah menghampiri dengan perlahan-lahan seakan-akan tahu bahwa kasturi tiada lagi arah mahu melarikan diri.
Sang Harimau sudah ingin menerkam!

TIBA-TIBA

ARRRRRRGGGHHHHHHH!!!
kelihatan jebat melompat menolak terkaman harimau itu dari tepi menggunakan bahunya,beza susuk tubuh jebat dengan harimau tersebut mingkin dalam empat atau lima kali ganda lebih besar harimau tersebut!
namun,dengan tekad serta kudrat yanag ada,jebat mampu menolak harimau itu serta terkamanya tersasar pada perdu pohon disebelah kiri kasturi.
walau bagaimanapun harimau itu sempat mencakar muka jebat dengan kedua-dua belah kaki hadapanya.
muka jebat berdarah dikedua-dua belah pipinya,mujurlah tidak dalam luka tersebut tetapi kelihatan darah mengalir mengikut aluran luka cakaran kuku harimau tersebut.
manakala ketika itu juga tuah,lekir & lekiu memapah kasturi yang sudah lembik kerana ketakutan dan kakinya yang terseliuh tersepak akar kaya tadi.
kasturi dipapah ke kawasan yang terbuka agak jauh dari batuan busut tadi.
harimau itu mula naik minyak serta mengaum dengan lebih kuat dari tadi,tuah sudah menghampiri jebat manakala lekir dan lekiu menjaga kasturi.

"kalau ditakdirkan kita mati dibaham harimau ini,biarlah kita mati dengan melawan tuah!"
-itulah yang diungkapkan oleh jebat pada tuah.walhal mereka tahu mana mungkin mereka dapat menewaskan harimau ganas yang lebih besar dari mereka itu.

"luka kau jebat.."tuah mahu meneruskan lagi percakapanya tetapi dipotong oleh jebat.
"tiada apa2 tuah,hanya sedikit calar,aku masih mampu bertarung.."kata jebat.

"aku akan membuat serangan pertama,jika ada ruang selepas serangan aku itu,pukul lah harimau itu dibahagian kepalanya dengan kayu ini jebat.harap2 ianya berjaya"-pesan tuah pada jebat,sambil mereka masing2 menggenggam sebatang kayu hutan.
"baiklah tuah,berhati-hatilah tuah,aku akan sentiasa melindungi kau dan kita akan sama-sama menewaskan harimau ini!"-jebat mengerti apa yang dirancang tuah..


 ~~~~bersambung~~~~




(ketahuilah setiap komen yang ditinggalkan oleh pembaca yg tetiba terbaca cerita ini....amatlah dihargai,untuk motivasi aku sambung menulis,aku menulis tanpa skrip,tanpa sebarang nota cacatan,apa yg terlintas..itulah aku tulis)

Sunday 31 March 2013

NUSANTARA MISTIKA = pengenalan & prakata pengarang

Bismillah Hir Rahmanir Rahim...
aku nie bukanya seorang yg terrer bab2 kesusasteraan & seni beb,tapi disebabkan ini blog aku & aku punya kelapangan serta idea yg cambest,makanya aku pon akan memulakan penulisan sebuah karya yg AGUNG mengalahkan JK ROWLING kalau korang nak tau.hhahahaha,
-prakata mengarut pengarang-


cerita2 filem melayu skrg nie bnyk dok jenis box office & pecah panggung,baguslah tue.tapi cerita2 itu jenis macamana?genre apa?rempit?hantu?cinta?komedi?korang tahu kan jawapanya..
makanya disini aku CADANGKAN pd yg mempunyai duit,serta segala kepakaran tue,buatlah sebuah cerita yg berkategori MASTERPIECE,karya agung yg akan dingati serta dijadikan bahan rujukkn serta karya itu mustilah mengangkat BUDAYA BANGSA kita sendiri yakni BANGSA MELAYU.

cer korang nengok cita2 omputeh & hongkong...sbg contoh cita trilogi LOTR & STORMWARRIOW
cita bohong jer kot,tapi diselitkan kesenian,kebudayaan,kepercayaan,mitos serta lain2 bagi cerita itu sedap ditonton.best kan cita nie?cerita favorite aku nie beb.
LORD OF THE RING(cita bohong omputeh)

STORM WARRIOW(cita bohong cina)

PUTERI GUNUNG LEDANG(sekali cita cinta da....,apa2 pon still best)


NUSANTARA MISTIKA
- tuah 5 sahabat,penceritaan dr kanak2 sehingga dewasa dalam satu part.
- jarak masa & waktu dlm cita ini adalah era zaman melayu mistikal 
- kisah 5 sahabat ini diolah bertentangan dgn unsur2 sejarah & ditambah dgn idea2 aspek2 kreatif.
- senang cakap ini kisah 5 sahabat dr sudut paling kreatif & kontroversi serta epic.
- kalau xkontroversi xepic lah beb,hehehehe \m/

sekian,tamatlah bahagian pertama iaitu prakata mengarut
saya yakni tuan tanah serta pengarang


post ini ditulis sambil
memakan maggie & hisap rokok vipor
/PETANG AHAD/0619pm/SEDIKIT BERHINGUS..