Wednesday 20 February 2013

ASREE SUG vs SERIKANDI : MENGAPA TAUSUG ENGGAN DIGELAR MELAYU?-->antara fakta & penyalahgunaan fakta sejarah

CANTUMAN KEDUA-DUA POSTING DARI BLOG

sedikit kata2 aluan SAILENDRA BLOODLINE :
sejak akhir2 ini kita digemparkan dgn isu KESULTANAN SULU & BANGSA TAUSUG,
maka dgn ini saya 'up' semula antara posting MENARIK utk dibaca semula
bagi pembaca2 mungkin belum tahu akan perkara ini.
pertimbangan pembaca adalah hak individu.
-sekian-




Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, October 11, 2010

 Mengapa? Mengapa Tausug enggan dipanggil Malayu @ Orang Melayu? Persoalan ini telah membingungkan penulis bermula tahun 2007 ketika datang membuat kaji selidik perarakan UTC yang pertama di Jolo, Sulu. Kerana sebelum ini penulis telah "didoktrin" bahawa Suluk adalah Melayu atau pun sekurang-kurangnya adalah dari rumpun Melayu. Peringkat awal penulis tidak mengambil kesah tentang keengganan UTC dipanggil Melayu sama dengan keengganan mereka dipanggil Moro atau Bangsa Moro. Sehinggalah baru-baru ini telah terdetik di hati penulis untuk mengkaji serba sedikit berkenaan "Asal-Usul" penggelaran Rumpun Melayu. Siapakah yang bertanggungjawab menggelar manusia Asia Tenggara ini sebagai Bangsa Melayu atau Rumpun Melayu? Orang Melayu sendiri ataukah pihak lain yang tiada kena mengena dengan bangsa Melayu? Hal ini perlu dirungkai agar segala keraguan dapat dihurai dan diberi jawapan.

Memang "agak" sakit juga bila sebelum ini kita begitu meyakini bahawa "Kita adalah bangsa Melayu", bangsa Melayu hebat kerana mempunyai sejarah hebat, maka kita pun mengaku sebagai sebahagian dari Melayu dan berbangga dengannya, tetapi setelah mengetahui Tausug (Bangsa sendiri) tidak mahu menerima penggelaran Melayu keatas diri mereka atas alasan "Bangsa mereka lebih tua dari bangsa Melayu" menyebabkan kita tertunduk dan serba salah. Perasaan begitu bercampur baur, tidak percaya, sakit hati dan kecewa, kerana menurut penulis bagaimana Tausug mengetahui sejarah mereka lebih awal dari bangsa lain sedangkan mereka sejak sekian lama tertinggal dari segala segi berbanding Malaysia yang kaya raya, berkemajuan serta mempunyai banyak Universiti yang melahirkan ramai bijak pandai. Di Sulu apa yang ada?


KEGANJILAN SULU YANG MENGHAIRANKAN

Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan pernah berkata kepada penulis "Kita Tausug bukan Melayu, bukan Filipino dan bukan juga Moro. Identiti kita tetap Tausug, pembela bangsa dan agama Islam tidak pernah tumpas dan ini diakui dunia". Orang-orang tua Jolo turut menunjukkan satu kawasan luas yang dinamakan Daerah Indanan. Di Indanan terdapat satu kawasan kampung yang dinamakan "Likup Adam" yang bermaksud "tempat Allah SWT mengambil tanah untuk mencipta Nabi Adam a.s.". Likup Adam terletak dalam Daerah Indanan, apakah maksud Indanan? Ia bermaksud "Land Mark" atau satu tempat peringatan yang akan diingati sampai bila-bila.

Hairan, maklumat tentang Likup Adam telah penulis dapat setelah selesai menyiapkan artikel "Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines" dari lidah Tausug (UTC) Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini yang kemudian penulis sahkan kepada Neldy Jolo kebenarannya. Hal ini juga turut membingungkan Neldy Jolo sehingga membawa beliau ke Jolo, Sulu dan menyiasat kebenaran Likup Adam di Indanan. Menurut Neldy memang penduduk di Indanan mengesahkan sejarah penciptaan Adam a.s. sebahagian tanahnya diambil dari Indanan ini. Sebab itu tanah terdapat Likup Adam itu dinamakan Indanan kerana sebagai tanda penciptaan Bapa Manusia di muka bumi.


"Tanah Sug (Sulug) ini sangat berkat sehingga sesiapa sahaja manusia yang tinggal di sini mereka akan turut jadi hebat. Tanah empayar Tausug telah berjaya dirampas di tempat lain di seluruh Nusantara tetapi tidak bagi Jolo ini. Orang tua-tua kita mengkhabarkan bahawa sebelum manusia dicipta oleh Maha Pencipta, Nabi Junjungan kita Rasulullah SAW pernah diturunkan di bumi Sug ini ketika Baginda SAW masih sebagai Nur Muhammad lagi. Di sinilah bermulanya tamadun dunia dan bangsa-bangsa manusia bermula". Ujar salah seorang Syarif Tausug UTC di Seri Kembangan kepada penulis baru-baru ini.

Sebelum penulis pergi lebih jauh, ada baiknya penulis mengingatkan kepada para pembaca blog Melayu agar mengambil sikap berlapang dada dan bersabar membaca hujah penulis. Kenyataan di atas mungkin ada sahabat-sahabat Melayu di Malaysia yang menyampah, penulis memohon kepada pembaca blog agar mengenepikan dulu perasaan menyampah tersebut. Kita beri peluang kepada Tausug "meninggikan diri dan bangsa mereka" sehinggalah kita dapat buktikan kebenaran dakwaan tersebut. Sudah tentu kalau terbukti benar, maka sudah selayaknya mereka berbangga sebagai TAUSUG bukannya Melayu. Maka, mengapa pula kita sibuk-sibuk menggelar orang lain sebagai Melayu sedangkan mereka tidak mengakuinya, biarkan sahaja mereka. Kita sendiri yang mengaku sebagai Bangsa Melayu tidak tahu makna perkataan "Melayu", dari mana diambil, dan bila masa penggelaran Melayu bermula, mengapa I-Ching menggelar Mo-lo-yu dan dari mana I-Ching mendapat maklumat "lokasi Mo-lo-yu" itu kita sendiri tidak mengetahui. Peliknya, Tausug tahu akan hal ini.
(ANDA BOLEH SAMBUNG MEMBACA DI BLOG ASREE SUG : sejarah-sulug-mengapa-tausug-enggan.)









Monday, January 10, 2011

-serikandi-

 Mari Baca Hikayat Naruto....

 

Assalamualaikum para pembaca saya dan peminat saya...

Salam 1Malaysia....(sahut seruan kerajaan)

Kali ini Cik Seri nak ulas sedikit satu "blog sahabat".Nak ulas blog ni pun 2-3 kali minta kebenaran M.O.Sebabnya ini 'blog sahabat'.Tetapi Cik Seri dah jelaskan pada M.O bahawa 'blog sahabat' ini semakin lama semakin keliru dan mencapai tahap Siam Anai-anai (Tahniah diucapkan kerana berjaya menulis sama seperti Megat Siam).Penulisnya,Encik Asree telah berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penulis hikayat Siam Ayutthaya.Sekali lagi tahniah diucapkan.

Sebelum itu Cik Seri nak minta maaf sebab...macam biasalah,agak pedih sikit.Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya :D Artikel ini bukan tuju khusus pada kaum tersebut.Sebenarnya pada penulisnya.Boleh faham ya?

Ini dia artikel yang saya akan ulas sebentar lagi:

http://tausug-global.blogspot.com/2010/10/sejarah-sulug-mengapa-tausug-enggan.html


Ok,bersiap sedia semua,cikgu Srikandi nak bagi 'lecture'. ;)

Selama ini kita pernah dengar istilah 'penyalahgunaan dadah' kan?Sekarang ni cikgu nak ajar satu lagi istilah baru iaitu 'penyalahgunaan fakta sejarah'.Apa ke bende tu?Ok,dengar.

Sepertimana teknik penulisan Anai-anai dan Megat Siam,Encik Asree juga menggunakan teknik yang sama untuk menuntut seluruh dunia di bawah telapak kaki kaum Tausug.Antara teknik yang digunakan.


1-Tidak mahu dikaitkan dengan Melayu.

2-Merendah-rendahkan bangsa Melayu (ini wajib)

3-Mengatakan Melayu ciptaan penjajah

3-Menuntut bukan sahaja mendakwa kaum-kaum Austronesia sebagai berasal dari kaum sendiri malahan kaum-kaum di luar rumpun sebagai contoh,bangsa Sumeria,Bani Israel dan sebagainya.

4-Menafsirkan nama-nama tempat,nama kaum di dunia berdasarkan bahasa kaum sendiri (teknik Siam Nai)

5-Meleret-leret menuliskan hikayat dongeng kaum sendiri

6-Menuntut Sriwijaya,empayar maritim teragung Asia Tenggara (ini wajib)

7-Mempergunakan agama untuk mencapai motif sendiri.

Bonus:

8-MENYALAHGUNAKAN FAKTA SEJARAH (a.k.a puterbelit kajian saya)


Ok,kita lihat petikan pertama.


"...tetapi setelah mengetahui Tausug (Bangsa sendiri) tidak mahu menerima penggelaran Melayu keatas diri mereka atas alasan "Bangsa mereka lebih tua dari bangsa Melayu" menyebabkan kita tertunduk dan serba salah. Perasaan begitu bercampur baur, tidak percaya, sakit hati dan kecewa, kerana menurut penulis bagaimana Tausug mengetahui sejarah mereka lebih awal dari bangsa lain sedangkan mereka sejak sekian lama tertinggal dari segala segi berbanding Malaysia yang kaya raya, berkemajuan serta mempunyai banyak Universiti yang melahirkan ramai bijak pandai. Di Sulu apa yang ada?"


Jawab:

Tiada masalah.Tidak mahu mengaku itu hak anda...tak paksa pun.,so let's get out from here.Tidak mahu mengaku tetapi yang peliknya mengaku sejarah hakmilik bangsa Melayu sebagai sejarah mutlak kaum sendiri.Sriwijaya,contohnya mahu dirompak dari bangsa Melayu.Namun yang peliknya hanya hikayat Naruto yang mampu dipersembahkan.Tiada bukti prasasti dalam bahasa Tausug yang menceritakan kemegahan Sriwijaya.Bahasa campur-campur Tausug-Sanskrit pun jadilah...tapi malangnya tiada..tiada...dan tiada...samalah macam Siam Nai,tiada manuskrip dan prasasti ditulis dalam bahasa Siam Kedah.Manuskrip yang dibangga-banggakan Siam Nai ialah Undang-Undang Kedah,yang ditulis dalam bahasa Melayu Klasik!

Sejarah Tausug lebih awal daripada bangsa lain.Macam mana itu?Cuba jelaskan.Opppss...tolong jangan salahguna hasil kajian saya.Legenda Perahu dan Hati itu bukan sekadar nama 'Perahu' dan 'Hati' sahaja.Charles Jones siap paparkan perbandingan bahasa Mesir Purba dengan Bahasa Melayu!Di ulang...bahasa Melayu.Bukan bahasa Tausug atau Taguimaha  :D

Sulu apa ada?Memang tiada apa-apa sebab sejarah mereka menumpang sejarah Melayu.Orang Melayu walaupun kerajaan-kerajaan mereka hilang,sifat interaksi antarabangsa mereka tidak pernah luput sejak dari zaman Mesir Purba sampai sekarang.Jadi orang luar lebih selesa berurusan dengan orang Melayu dan bawa banyak perubahan ekonomi dan kemajuan berbanding orang Sulu yang agak ganas penampilannya pada orang luar.Jadi mereka lebih tertutup berbanding orang Melayu.INI MENUNJUKKAN PENGALAMAN BERINTERAKSI DENGAN ORANG LUAR ADALAH MILIK EKSKLUSIF ORANG MELAYU.Jadi sebab itu di Sulu tiada apa-apa.Perdagangan antarabangsa memajukan negeri-negeri Melayu.Orang Tausug dari Basilan contohnya hanya mendarat di pantai Sabah dan hanya berniaga dengan penduduk tempatan.Tidak pernah pula orang Arab atau Parsi membuat catatan tentang orang Tausug.

Kita lihat lagi:

"Di Indanan terdapat satu kawasan kampung yang dinamakan "Likup Adam" yang bermaksud "tempat Allah SWT mengambil tanah untuk mencipta Nabi Adam a.s.". Likup Adam terletak dalam Daerah Indanan, apakah maksud Indanan? Ia bermaksud "Land Mark" atau satu tempat peringatan yang akan diingati sampai bila-bila"

Wah,ini skil baru.Penyalahgunaan agama tahap 'Supersaiya' melebihi kemampuan Ustaz Megat Siam.  

 "Tanah Sug (Sulug) ini sangat berkat sehingga sesiapa sahaja manusia yang tinggal di sini mereka akan turut jadi hebat. Tanah empayar Tausug telah berjaya dirampas di tempat lain di seluruh Nusantara tetapi tidak bagi Jolo ini. Orang tua-tua kita mengkhabarkan bahawa sebelum manusia dicipta oleh Maha Pencipta, Nabi Junjungan kita Rasulullah SAW pernah diturunkan di bumi Sug ini ketika Baginda SAW masih sebagai Nur Muhammad lagi. Di sinilah bermulanya tamadun dunia dan bangsa-bangsa manusia bermula". Ujar salah seorang Syarif Tausug UTC di Seri Kembangan kepada penulis baru-baru ini.

Wah,kalau macam ini saya mahu tambah perisa nyam...nyam...semua nabi-nabi lahir di bumi Sug.Nabi Adam turun di bumi Sug.Nabi Muhammad lahir di bumi Sug kemudian dihantar ke Mekah.Kan hebat tu?

:D

Tanah semenanjung,Sabah dan Sarawak taklah seberkat mana tapi di sini semua kaum dapat hidup aman damai.Orang Melayu pun beraja dan bersultan,tak payah mengemis-ngemis sana-sini minta naikkan takhta Sultan yang diruntuhkan Amerika (Sultan Sulu terakhir mansuhkan takhta sendiri akibat hasutan Amerika).Banyak kemajuan,universiti pun banyak.Sampai ramai PATI Tausug mengemis sesuap nasi di Sabah.Itu yang orang Sabah marah amat tu.Sesuka hati masuk Sabah.Yang buat IC palsu bagi kat kawan-kawan dan saudara mara orang Tausug juga. (jangan marah ya,ini orang Sabah yang beritahu)

Kita petik lagi...jangan tak petik: (boleh sambung membaca diblog serikandi : mari-baca-hikayat-naruto



kata2 penutup oleh SAILENDRA BLOODLINE 

tuhan kurniakan akal & fikiran yg terbaik pada hambaNya,
jadi sama2lah kita fikir2kan mana yg benar mana yg terlebih benar \m/

sekian
nun ya zhal aliff mimm



Saturday 16 February 2013

KESAN PENGGUNAAN ROKOK E-CIGARETTE & RISIKO TERHADAP PENGGUNA

"hang pon hisap rokok bateri?lama2 nanti jantung hg pon pakai bateri..."
-kata joe labu kpd aku,sambil rokok dunhill dibibirnya

straight to the point beb,nie aku kasi sedikit info serta link2 dari US,EUROPE & bukan dari joe labu.
bolehlah korang baca,kaji & nilaikan sendiri merbahaya @ tidak menatang ini.



Kesimpulan: e-Rokok dinilai dalam konteks kajian ini telah didapati mempunyai kesan serta-merta fisiologi buruk selepas penggunaan jangka pendek yang serupa dengan beberapa kesan yang dilihat dengan merokok tembakau; bagaimanapun, kesan kesihatan jangka panjang e-rokok-gunakan adalah tidak diketahui tetapi berpotensi buruk dan layak siasatan lanjut.
disertakan link : CHEST
 
 
(Reuters Health) - rokok elektronik yang dipasarkan sebagai alternatif yang lebih selamat untuk perokok sebenar menghasilkan perubahan segera dalam saluran pernafasan pengguna, satu kajian kecil menunjukkan. 
disertakan link : REUTERS- health
 
Petition yg dihantar oleh pengguna E-CIGARETTE kpd WHITE HOUSE agar ambil port pasal FDA nk mengharamkan atau kacau penjualan mende2 nie.
LINK DISERTAKAN : petition to white house


macam merbahaya jer menda nie...apehal pulak FDA kacau VIPOR?(vipor tue e-cig lah..malas pulak aku nk ulang tulis banyak2 kali)
amende FDA tue?
FDA adalah macam malaysia punya kementerian kesihatan & makanan kot,sebab nama penuh dia US FOOD & DRUG ASSOCIATE.
aku rasa ini semua FREEMASON jer nie,propaganda jer nie..diaorg kacau sbb vipor nie buatkan industri ROKOK KONVENSIONAL jatuh merudum terduduk beb.
hilanglah pendapatan negara melalui cukai...bijak x kepala hotak aku?heheheheh macam engineer pulak.


"aku perokok tegar,lepas menghisap vipor nie terus aku tinggal rokok tembakau.badan pon dah rasa macam terlebih sihat pulak dari biasa...hehehehe"
 
 
 
 jangan risau beb,yg atas2 tue aku bagi link2 yg mgatakan vipor nie merbahayalah,kacau industri tembakaulah,freemasonlah apa bagai.
yg bawah2 nie aku kasik korang link2 yg membuatkan korang rasa best hisap rokok VIPOR nih.. 
 
 
 
 

The EU's New Tobacco Directive: Protecting Cigarette Markets, Killing Smokers

(geng2 kapitalist nie mau untong2 jer..jadi solution pd perokok yg xmahu dibunuh keewangan mereka,mulalah perlahan2 berhenti merokok dgn tukar dahulu dr rokok tembakau pd rokok wap..then pastue berhenti teruslah beb..)

link disertakan : forbes


website diaorang,dalam nie ada banyak link2 yg menunjukkan HISAP VIPOR adalah best
(link disertakan : VIPOR HOME)



 
 
 kandungan bahan2 dalam LIQUID perasa vipor tue...
aku kalau beli,aku hanya beli yg keluaran ITALY "LIQUA".
ada jer jual kat DANAU KOTA tue beb,tp make sure yg korang beli tue original lah brader..
ada dia punya seal,kotak,no siri komplete.
aku xbeli yg home made belajar dr u-tube @ yg flavor2 mengarut2 bersepah2 dijalanan tue.
entah2 celaka apa yg diaorang bubuh dalam tue,mana kita tau beb..
nie aku sertakan link apa kandungan dalam flavor tue : kandungan flavor
 
nie link website LIQUA nie..flavor yg senang dapat & best.faveret aku nie lah..CHOCOLATE.sesuai dgn jiwa aku yg manja2 nie..kah kah kah
(link disertakan : Liquabottles10#chocolate
 
 
 Nie link seorang dokter nama atas tue mencadangkan agar sesapa perokok TEMBAKAU yg ingin berhenti merokok..,makanya jika dah segala bagai useha xmenjadi,boleh terai menghisap VIPOR.
hang nak percaya cakap dokter ka cakap kementerian percukaian ka cakap JOE LABU seorang anti rokok vipor tetapi mencintai rokok DUNHILL...hehehehehe
 
 
 
APA PILIHAN KORANG WAHAI PEROKOK TEGAR?
 
 
 
 
Rokok KONVENSIONAL yakni tembakau yg terang2 ada TAR,NIKOTIN & 4000 bahan kimia yg membuatkan anda bertambah macho hisap di bus-stand ?
 
 
 
 
 




VIPOR yg boleh jimat duit,xde TAR & 4000 bahan kimia yg membuatkan mulut anda berbau longkang & sering dikomplen oleh teman wanita anda ketika anda mula menggatal nak muah2... hehehehhe3




ini aku punya..walaupon ianya kelihatan bangang,tetapi ia membuatkan aku dah xbeli & menghisap rokok tembakau selepas mencobanya \m/



p/s : korang rasa benda nie info nie berguna?baguslah...
p/s : korang rasa benda nie info nie xberguna?iya kaa...hmmm apa ingat aku peduli pendapat korang?heheh3


last.....
p/s :
 ini blog aku,aku punya pendapat peribadi,aku punya sukalah kan.benda2 dlm artikel ini xboleh dibuat bukti di MAHKAMAH iye..(nampak x betapa pro nyee blog aku nih)

sekian,
nun ya zhal aliff mim