Saturday 30 July 2011

selamat datang RAMADHAN AL MUBARAK bulan yg diberkati



alhamdulillah..
dapat juga kita bertemu kembali dgn bulan ramadhan yg diberkati ini.syukur yg teramat sangat kehadrat ILLAHI.
dalam tempoh setahun yg lalu..berapa ramaikah kawan2,sanak-saudara,ibu-bapa,dato-nenek telah pergi meninggalkan kita buat selama lamanya?tanya diri anda dan saya sendiri...syukur sekali lagi kerana dapat bertemu bulan yg mulia ini lagi pd tahun ini.





 JIHAD YG PALING UTAMA ADALAH MELAWAN NAFSU





ini sedikit kisah NAFSU...



KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH..

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa bagi tujuan mengawal nafsu.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita. Kita hendaklah menggunakan akal kita bagi menandingi setiap godaan nafsu, sebab kalau tewas dengan godaan, akan menjadi musnah.

SELAMAT BERPUASA !
CHEERS !






Monday 18 July 2011

ULTRAS MALAYA : MISI 'ADAKONEK'

ADA BRAN KER SERTAI MEREKA?

Pertama-tama sekali gua memang salute giler pada komrad2 ULTRAS nie beb.
giler korang ! ini dah macam kira KAPAL FREDOM FLOTILA nak masuk PALESTINE beb !tiket diaorang bukan ada pon,tapi gagah berani setia berkorban utk menyokong pasukan harimau malaya..kira betol lah spt apa yg diperkatakan oleh orang ramai,puak2 nie adalah "EKOR HARIMAU MALAYA" 
 
 
 
ini cukup membuktikan yg mereka2 ini sememangnya difitnah apabila dituduh tidak support perlawanan "PERTUNJUKAN" antara kelab2 gergasi EPL.nk lagi jelassila klik website rasmi mereka sini
 biasa lah beb...bila sesuatu yg baru naik,pasti ada sahaja yg tidak suka dengan kehadiran korang ! walaupon sbenarnya korang nie dah wujud dari zaman kegelapan harimau malaya dok tidoq lagi (2007)

berbalik pada serangan yg bakal dilancarkan oleh ultras nie...gua nk bagitahu beb ! rakyat malaysia akan sentiasa menyokong perjuangan kalian ! dan diharap anda tidak bertukar dari ULTRAS kepada HOOLIGAN pulak kt sana.maklumlah,kalian akan berhadapan dengan fan2 seberang laut yg boleh tahan gk semangat nasionalis mereka ! kalian semua cukup membuktikan yg kalian memang perlu diberi perhatian oleh mereka2 yg berkepentingan dalam FAM tue.
aku pon heran macam mana kouta 500 tiket tue xboleh dapat sikit pon kt ULTRAS MALAYA nie...
kabarnya 250 pada KBS,250 pada FAN CLUB SELANGOR.
tidak dpt dinafikan,mereka2 yg bukan ultras juga adalah penyokong setia yg harus dipuji serta disalute kerana pergi ke singapork.tetapi alangkah bagusnya jika dikalangan FAN CLUB itu terselit gerombolan HITAM ultras malaya ! tentu gamat stadium jalan besar yg xberapa besar tue beb !
kita sedia maklum yg ULTRAS nie keja dia dok menyokong ! bukan dok jadi penonton.mereka akan menyokong secara BERLEBIH-LEBIHAN ! dan sebab itulah mereka digelar ultras beb !


 komrad2 serta rakyat malaysia mendoakan MISI kalian berjaya
 
gua harap SORAKAN,JERITAN,SOKONGAN & PADUAN SUARA ULTRAS MALAYA yg rasanya kompom akan berada diluar stadium akan dapat didengari oleh pemain2 HARIMAU MALAYA ditengah padang tersebut !
apa2pun,28 nie kita akan tebus semula beb !

bangunlah semua rakyat malaysia...
bangunlah kita bersama-sama...
bersama kita menyokong...
HARIMAU MALAYA !





P/S : harap2 ULTRAS LIVERPOOL akan turun bersama2 ULTRAS MALAYA ke singapura....
        hahahahahahahaahhaa3

saya makan belacan,namun saya tetap menyokong liverpool 
sepenuh jiwa & raga !


u will never walk alone harimau malaya...opps ! silap...sbonar eeh liverpool..



ARTIKEL INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI GUA & MAJORITI RAKYAT MALAYSIA...
(rasa2nya lah...kalau yg xsetuju tue aku tau,korang nie musti warga ENGLAND xpon SEPANYOL. haha3





Sunday 17 July 2011

FREE ONLINE RADIO ALL GENRE ! AOL RADIO RULES !

AOL MUSIC !

 yeah ! radio online free,dan layan lagu tanpa buffering yg menyakitkan hati.
sekadar mahu berkongsi jer dudes,disinilah port aku melayan lagu2 antarabangsa dalam apa juga kategori & genre.
lu mau apa?metal,punk,alternative?semua ada.black metal pun ada.
tapi jgn ler korang dok search cari lagu dikir barat pulak...aku back hand gak korang nih kang.


yeah ! sekarang nie aku tengah layan lagu genre alternative beb.


mengarut apa lagi wok ! nah nie link dia click sini beb !
anda rasa maklumat ini berguna?
tima kaseh,

Saturday 16 July 2011

KESAN EPL ASIA TOUR 2011 PADA HARIMAU MALAYA

HARIMAU MALAYA AKAN DIBELASAH?

apa masalahnya?pada SB kita kena berfikiran realistik beb.pasukan2 yg akan kita tandingi itu adalah boleh dikira gergasi bolasepak dunia.jika kita mahu menjadi hebat,kuat & berpengalaman kita mestilah bersaing @ bertembung dgn pasukan kuat.jika menang dgn pasukan2 cikai so,dimana sesi pembelajaranya?

mahu hebat,bersaing dgn yg hebat !
cuba kita tengok semula pada perlawanan 1st kita..lauk beb ! 4-0...
main gugup,konsisten hilang,porak peranda semua.
TAPI...
perlawanan 2nd kita amacam?
iya...kita tetap kalah tapi kita improve bhai...gugup tiada lagi(sikit2 jer).siap boleh menjaringkan 3 gol wok !
apa cita?

disinilah kita dapat melihat sesi countermeasure @ penambahbaikkan yg telah dilakukan dgn baik oleh
DATO K & pemain2 harimau malaya.budak2 harimau muda pun secara xlangsung dpt pendedahan awal perlawanan antarabangsa ini.
pada pendapat SB perlawanan2 spt ini patut diteruskan lagi oleh pihak2 FAM.

malaysia VS arsenal
0  -  4

malaysia VS liverpool
3    -    6



lepas nie malaysia(U23++) VS chelsea... berapa mau betting beb?
hahhahaha3



SELAMANYA HARIMAU MALAYA