Saturday 19 May 2012

ANTARA CINTA DAN REALITI

ANTARA CINTA DAN REALITI
cinta... iya,..ianya satu perasaan yg tidak dapat digambarkan & tidak dapat hendak dijelaskan.
alangkah indahnya jika kita mempunyai pasangan yg sama2 mencintai kita sebanyak mana yg kita berikan.
alangkah indahnya jika cinta yg disemai itu disulami dengan kejujuran & tolak ansur sesama kita.
alangkah indahnya jika cinta itu semanis kisah2 novel & filem2 diluar sana.
cinta itu kokaina,..benar bagai dikata.



DIMANAKAH SILAPNYA MENJADI "SINGLE"?
bestkan menjadi single?pergi mana2,buat apa2,segala tindakkan serta perbuatan kita tidak dibayangi oleh sesiapa.
yang xbestnya ialah apabila melihat kawan2 disekeliling kita yg seakan-akan bahagia dengan pasangan masing2.
ketika itu barulah timbul rasa sunyi itu...
arrgh..aku pun mahu merasai dikasihi & disayangi seperti mereka!
tetapi cinta yg ditunggu2 tidak kunjung tiba.
hati ini kosong.
aku pernah membaca artikel yg berkata bahwa cinta itu bukan milik kita,ia milik mutlak yg maha pencipta.
Perasaan cinta itu xboleh sengaja diada-adakan,ia perlukan ROH.
jadi benarlah mutiara kata yg mengatakan
"ALLAH AKAN MEMBERIKAN CINTA KITA ITU PADA YANG BENAR2 SESUAI,IA BUKAN UNTUK SEBARANGAN".
dengan itu tidak hairanlah jika kita melihat seseorang itu masih single walaupun cukup segala hal & sifat utk berkahwin.
alasan klise yg selalu kita dengar belum sampai jodoh,masih mencari dan lain2.
aku pernah ditanya oleh boss aku ditempat kerja,katanya 'sampai bila kamu mahu bujang?sampai bila mahu tongkat langit?sampai bila nak seronok?'
ketika itu aku terdiam sejenak..aku kata pada beliau 'tiada jodoh lagi boss'...beliau semakin hampir kepada aku dan berkata 'kalau dah kahwin pun tetap boleh berseronok
malahan lebih seronok kerana kita ada teman setiap kali kita mahu buat apa sahaja..
ketika itu aku baru tersedar,benar...
sampai bila mahu kejar keseronokkan dunia bujang,sedangkan jika berkahwin sebenarnya lebih gembira & seronoknya berkali ganda dari berkeadaan bujang.
cuma ada batas2nya lah.
MENCARI CINTA & JODOH
kita boleh beruseha utk mencari cinta itu dengan semahu-mahunya,tapi ingatlah bahawa jodoh pula bukan hak kita utk menetapkanya.
lihat disekeliling persekitaran kita..bagaimana pasangan itu bercinta bagai nak rak,tetapi last2 putus jugak.begitu juga halnya dengan
yg sudah berkahwin,majlis kahwin bagai "weeding of the year"..last2 cerai jugak.
kenapa semua ini berlaku?
bagaimana semua ini berlaku?
macamana mahu mengelakkanya dari berlaku?



MENCARI CINTA SEJATI
"cintailah mereka yang mencintai kita"
"berikanlah cinta itu pada mereka yang mencintai kita seperti mana kita mencintai mereka"
alangkah indah jika sesebuah perhubungan yg dibuat itu berdasarkan sama2 mencintai satu sama lain.inilah yang sangat2 aku mencari sehingga kini..
apa guna kalau kita mencintai seseorang yang tidak mencintai kita seghairah cinta yg kita berikan padanya.
kita boleh mencuba bersama2 utk membentuk sesebuah ikatan itu..tetapi jika tiadanya ROH CINTA itu,ia tidak akan pergi kemana.mungkin hari ini okey,esok lusa belum
tahu lagi bagaimana.
dimana mahu mencari cinta sejati itu beb?
bagaimana utk kita ketahui yg pasangan kita itu benar2 dicipta utk kita,bersama kita sehingga ke akhir hayat utk melalui hari2 suka duka bersama?
mahukah kita terus menghabiskan masa dengan sesuatu perhubungan yang telah kita ketahui tidak akan kekal?
kalau dalam ISLAM kita ditekankan utk mencari pasangan dgn kriteria ini beb :

AGAMA
KETURUNAN
HARTA
RUPA


cinta tue cinta jugak,tapi pastikan pasangan anda tue ada ciri2 yg disenaraikan.tapi...kadang2 cinta punya penangan akan membuatkan kita xnampak benda2
ini semua.cinta itu mengaburi semua ini,mabuklah katakan.padahal terang2 kita tahu kadang2 ada benda yg pasangan kita buat itu xberapa best,kita telan jugak
atas nama cinta & sayang punya pasal.ini yang selalu terjadi...
persoalanya sekarang adakah anda sedang dalam situasi ini?
SETELAH...
setelah saling kenal mengenali satu sama lain,dan anda terasa sesuatu yg tidak kena..anda mula berfikir,adakah "dia" sesuai utk menjadi suami/isteri utk hidup bersama.
dan percayalah,apabila terdetik perasaan tersebut..kembalilah pada BASIC iaitu agama,kemudian renung semula sepanjang terjalin nya perkenalan tersebut.
bahagiakah anda sepanjang itu?terluka kah anda sepanjang perkenalan itu?
janganlah mengejar sesuatu yg tidak pasti,anda akan tersiksa dipenghujung jalan tersebut.
kuatkanlah hati utk meneruskan hidup dan katahuilah,kadang2 benda yg kita suka itu tidak semestinya baik untuk kita.
mana tahu selepas itu kita akan berjumpa dgn seseorang yg lebih baik dari yg sebelumnya,lebih menyayangi diri anda,lebih menghargai cinta yg anda berikan padanya.ianya risiko,tetapi berbaloi dari terus menghabiskan masa dgn sesuatu yg tidak pasti kemana hala arah yg dituju.
JODOH & PERTEMUAN
kalau dah jodoh tidak akan kemana,jika pasangan anda itu benar2 mahukan anda,maka mereka akan mula berubah untuk lebih menghargai anda serta mendapatkan kembali
cinta anda.persoalanya ialah jika tidak,maka anda beruntung kerana dari sini anda boleh tahu dan menilai harga cinta anda itu pada sidia.
dan anda tidak lagi membuang masa.
mana yg anda mahukan?cinta atau air mata?pilihan yg bijak diperlukan disini serta pertimbangan.
anda akan berjumpa dengan dengan seseorang yg benar2 mencintai anda.
percayalah..kerana
perempuan yang baik hanya layak untuk lelaki yang baik,begitu juga dengan lelaki yang baik berhak mendapat wanita yang baik.
jodoh kita telah pun ditetapkan sejak kita berusia 4bulan dalam kandungan ibu kita lagi.siapalah "dia" itu...





aku menulis sesuatu yang bermain dipersekitaran & laluan hidup aku
sekian,
nun ya zal aliff mim










No comments:

Post a Comment