Saturday 12 May 2012

CINTA ITU KOKAINA

LONDON - Kesan cinta pada otak adalah sama seperti kokain, menurut pasukan yang telah mengkaji imbasan pada pasangan yang dilanda percintaanCinta romantis boleh menjadi emosi sebagai asas seperti lapar atau dahaga, mengikut imbasan otak lelaki dan wanita muda yang telah dilamun cinta, atau mabuk cinta, oleh Arthur Aron, seorang ahli psikologi sosial di Universiti Negeri New York.
Penemuan ini berdasarkan kajian beliau yang dijalankan dengan Lucy Brown, neuroscientist yang di Albert Einstein College of Medicine di New York dan Helen Fisher, seorang ahli antropologi di Universiti Rutgers.
sumber disini THE SUN : NEW YORK


cinta itu memang adalah misteri beb,ia adalah bersangkut paut dgn emosi,rohani,batin & roh.
aku walaupun tak sekuliah dgn profesor yg kaji menda2 nie pun tahu..sebab aku pernah merasainya.
adalah malanglah korang jika xpernah merasainya.sama macam tengah khayal dadah kokain kot,profesor tue lah cakap..hehehe3.
aku xpernah hisap kokain,jauh sekali marijuana,apoten,nospan dan sebagainya beb,dan rasanya orang bodoh sahaja yg dok menghisap benda2 tue.tapi aku nak cerita ttg kesan dos percintaan ini...huh! sungguh khayal brader & sister..nak tahu macam mana khayalnya hisap menatang kokain tue?jom kita selami perasaan cinta itu dahulu..(lagi feeling sambil baca dengar lagu stings..xpun newboyz..hehehe)


 sambil buat entry nie sumpah aku tengah layan lagu nie tanpa henti.
single terbaru dari D'MASSIVE



CINTA & KOKAINA

macam mana rasanya cinta tue beb?ohhh...jangan senyum kambeng disitu,xperlu malu.anda manusia normal jika anda mempunyai perasaan hebat ini.
makan xlalu,tidur xkenyang,mandi xsabun...biasa nie beb...,kalau nengok akak jual nasi lemak pun kau nampak muka "dia" ini baru cinta sejati brader.. hehehehe
 
bagaimana rasanya apabila didalam kepala korang hanya ada dia sahaja...asal henset berbunyi jer kepala dah sett dah "ohh yeah musti dia",tapi bila nengok rupa2nya maxis yg hantar mesej..cilake betol.
bagaimana rasanya apabila saat anda bersama pasangan yg dicintai tersebut..rasai adrenalin yg dipam keseluruh pembuluh darah anda.rasakan keghairahan cinta itu beb... rasai degupan jantung yg bergetar-getar menggelodak itu brader...
NOTA- Ingin aku ingatkan bahwa aku cerita ttg cinta,bukan NAFSU okey..
nafsu & cinta adalah berlainan tetapi berpautan.

 


Bagaimana pula rasanya khayal dadah kokain?senang jer..rujuk yg aku tulis diatas,tapi "dia" tue tukar jadi kokain.ape ade hal,profesor tue cakap xtvt2 & gejala2nya kan sama.macam tue kot penangannya,cuma mungkin lagi brutal jika xde duit nk beli dadah..tong gas pon boleh kena sebat jual kat kedai besi buruk.
buruk punya perangai...
INDAH kan apabila bercinta & berkasih-kasihan?
jom kita pergi ke "part" putus cinta pulak..dah ready brader & sister?untuk mengenang kembali bekas2 kekasih korang?mohon jangan menangis noh..yg dah pergi biarkanlah pergi,redho jer lah.heheheh3

CINTA JIWA LARA 
 serius lagi nie epic & terbaik !
heran aku lagu hebat macam ini xmasuk malaysia..

PUTUS CINTA
arrrrrrghhhhhhhhhh!!!
mukadimah baru nie brader,rilek lah..hahahah3
Macamana pula rasanya putus cinta beb?sungguh tragis nohh...
semua terasa gelap gelita,hilang selera makan kecuali ayam KFC member belanja.tiada tumpuan utk buat kerja seharian...terkenangkan saat2 bahagia bersama "dia".
ohhh DEMMM!
dimana salahnya?kenapa aku harus menghadapi semua ini?apa salahku?apa salahnya "dia"?
kini henset canggih ku tiada lagi deringan mesej @ kolling dari dia..
sungguh bagai dikata,cinta itu kokaina!


TINDAK BALAS NEGATIF DIPENGARUHI DOS KOKAINA @ CINTA
ketika inilah manusia akan mula hilang pertimbangan..jika cinta itu tidak disertai dgn akal yg waras & ilmu agama & pendidikan moral yg diajar disekolah menengah.
apabila cinta itu disertai dengan NAFSU  & KESERONOKKAN duniawi,maka berlakulah perkara2 yg selalu keluar dalam akbar METRO setiap hari tue beb...
bunuh,pukul,culik,rogol,simbah asid,bunuh diri dan lain2 yg menggerunkan atas nama cinta...ini bukanlah cinta brader,inilah dos kokain yg dipam ke kepala hotak anda tanpa ditapis oleh ilmu,iman,amal.

CEMBURU TANDANYA SAYANG?
KECILAKAAN APAKAH SAMPAI BEGINI... 

BUNUH,KEMUDIAN BUNUH DIRI...
 minum racun selepas bunuh tunang :sumber disini

benda2 ini semua terjadi kerana tiadanya guideline dari ILMU,IMAN & AMAL..janganlah risau & takut pulak nak bercinta brader & sister,tepuk dada tanya selera lah lepas ini.
aku cuma kaitkan perlakuan negatif ini dgn cinta & kokain.
senang cakap,kalau korang dah tahap obses giler & kecintaan tahap lembu sahaja akan membuat perkara2 lembu ini.sebab itu kena iklas dalam bercinta,bukan ikLUST.
kalau korang iklas,nescaya benda2 ini xkan berlaku walaupun percintaan korang xberakhir dgn baik.
macam lagu ANAK KAMPONG tue.."kerana aku cinta,aku lepaskan kamu sama orang lain".
ini baru true beb.


CINTA SEJATI

 Cinta sejati yang bisa
Memberi tanpa harus menerima
Dia membawa damai dan bahagiakan jiwa
untuk semua manusia

 
 i will never let you fall
ill stand up with you forever
ill be there for you through it all
even if saving you sends me to heaven
 
aku malas nak ulas panjang2 tentang erti cinta sejati nie beb..nampak sangat terpesongnye artikel ini,hehehe.
jadi melalui lagu2 yg aku postkan nie harap korang faham apa itu cinta sejati.
cinta sejati itu boleh patahkan doss cinta kokaina tersebut.


TERIMA KASEH
kerana sudi membaca & membuang masa membaca entry ini.
 diharap dapat memberikan sedikit benda2 berguna pada anda.
sila tinggal jejak anda melalui ruang komen okey!

nun ya zal aliff mim

No comments:

Post a Comment