Friday 4 May 2012

TIKET FINAL PIALA FA 2012 RM40 : FAM OH FAM

"KUALA LUMPUR, -  Harga tiket bagi semua tempat duduk untuk perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan pasukan kelab Sime Darby pada 19 Mei ini ditetapkan sebanyak RM40.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzudin Ahmad berkata harga tiket itu telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM selepas mengambil kira pelbagai faktor.
Harga tiket itu tidak membebankan penonton dan terpulang kepada kemampuan masing-masing, katanya ketika dihubungi oleh Bernama hari ini.
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan memutuskan venue perlawanan akhir itu minggu depan.
Ditanya penetapan harga tiket itu boleh mencetuskan kemarahan penonton, Azzudin berkata keputusan untuk membeli tiket bergantung kepada penonton sama
ada mereka sanggup membayar atau sebaliknya.
Pada perlawanan akhir Piala FA tahun lepas, harga tiket bagi tempat berbumbung ialah RM30 dan RM50 bagi pentas utama.
Pada tahun lepas, tindakan FAM menaikkan harga tiket kepada RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu telah menimbulkan kemarahan peminat sukan bola sepak di negara ini.- Bernama"


"bolasepak hak rakyat !
haruslah dipulangkan kepada rakyat !!


FAMville nie jenis yg xpernah serik beb..serius aku xtahu diaorang nie apa masalah diaorang.
masih segar dalam ingatan aku ketika FAMville rogol duit rakyat ketika FINAL PIALA M'SIA 2011.
time tue tiket RM50..lagi celakanya main kat STADIUM SHAH ALAM,bukan main kat BUKIT JALIL beb!.aku bukan nk kondem SSA ler sial,nie cita ttg harga tiket & venue perlawanan xsetimpal dgn RM50.

KRONOLOGI BANGANG FAMville PM2O11 SSA

website kena hack ; D

demontrasi aman yg xberapa aman

stick banner yg dirampas pak pulisi

errrk...


gambar2 itu semua tahun lepas punya beb.
dan bukan niat aku pon nk menghasut supaya korang buat macam nie.aku cuma recap balik jer benda2 yg jadik tahun lepas.isu yg aku nak buat sinetron nie adalah isu tiket kenapa sampai RM40 ?
famville xkesian ker pada penyokong2 yakni rakyat2 malaysia yg cintakan kedamaian ini?


BOLASEPAK SUKAN RAKYAT

siapa yg minat bolasepak nie beb?
kerabat?orang kaya-raya?ahli korperat?dato2,datin2,tan sri?
kalau bolesepak ini macam TENIS,SUKAN POLO,SQUASY, & GOLF xpe lah beb kalau korang letak tiket harga ratus2 pun..sebab kita semua tahu siapa yg dok main,siapa yg dok nengok nye..
bolasepak nie yg dok pi stadium adalah semua rakyat malaysia & kebanyakkanya adalah dari golongan biasa2 jer.orang kampong,pelajar2,kerja kilang,kerja2 gaji ciput macam gua nie beb.
RM40 tue pada aku masih tinggi beb...pada aku lah,peduli apa aku pada pendapat korang.
pada pandangan aku yg belajar xpandai nie,kalau tiket RM30 pun sebenarnya pun dah relevan sangat dah tue beb.nak lagi releven RM20,tapi nanti orang kata melampau pulak..kita pon kena realistik gak kan?
tapi kalau RM40 tue nk realistik kepalabana apa..murah RM10 jer dari tahun lepas punya kes woi !


sukan ini tiket bapa ratus pon rakyat xheran beb !
demm ! she's hot..  : D
agak2 korang lah...pak lang ghani dari kampong sidam kiri,ah chai dari kampong baru rasah & muttu dari balakong tue semua pi dak nengok sukan2 diatas?diaorang peduli x harga tiket diatas berapa?
diaorang pedulik x ramai awek ker xramai awek peha puteh yg ada kt situ?
aku jawab bagi pihak mereka : "gua suka nicole david,lu tanya apsal gua x gie nengok dia main live..,gua kasi lu punya dahi bertelur.."
ini kenyataan beb,rakyat biasa seperti kitaorang nie xpernah ambil port pon pasal harga tiket sukan diatas.tapi kami amat ambil berat jika ia membabitkan BOLASEPAK !
kesianlah weh famville pada kami nie rakyat yg RM40 tue adalah sesuatu yg membebankan.
takkan sekali lagi utk tahun ini rakyat2 kena jadi pengemis lagi kott?
nk merayu2 apabagai kt korang?
DEMMMMMMMMMM......


SIAPA YANG DAPAT UNTUNG TIKET MAHAL NIE BRADER?

famville?
freemason?
kapitalis?
"football for fans,not for corporates"

aku biarkan korang sendiri fikirkan siapa yg untung dgn rogolan duit tiket kita dok bayar nie beb.
cuma kita kena sedar..,kalau kita diamkan sahaja..maknanya kita merelakan mengkayakan mereka
dan kita pula memjadi agen mengkayakan mereka.
tahun lepas RM50,tahun ini RM40,esok lusa siapa tahu kan?tapi yg aku tahu harga tiket xkan jadi lagi murah.jadi lagi bermaharajalela tue tinggi kemungkinanya.padan muka kita !



SIAPA YANG RUGI TIKET MAHAL WOI..?
"satu malaysia"

sekian,
nun ya zal aliff mim




1 comment: